Daisypath Anniversary tickers

Friday 23 March 2012

perjalananku~

assalamualaikum..

hai..semalam saya dengar radio then tibe-tibe terdengar lagu nie dari ramli sarip,terus cari kat youtube..sayu je lagu ni.cer tengok-cer tengok.hehe



Dalam perjalanan ini 
yang masih aku ingati 
pada warna-warna keindahan 
pada garis waktu 
yang entah bila penghujungnya 

Dalam perjalanan ini 
yang banyak bersimpang-simpang 
tapi aku masih mengerti 
tentang nostalgia semalam 
sewaktu bersama denganmu 
yang banyak memberi ilham 
akan erti kehadiran 

Dalam perjalanan itu 
cuma tinggal memori indah 
bersama kenangan-kenangan manis 
dan seandainya 
perjalanan itu sampai di sini 
aku utuskan sebaris puisi syahdu 

Ribuan kemaafan aku bermohon 
tentang bicara semalam 
yang mungkin menyakitkan 
di luar kehendakku 

... ..dalam perjalanan kita 
yang tiada titik-titik kepastian 
semoga... . 
akan terus memberi sinar 
untuk secebis kebahagiaan... 



best kan?


k la....see u later~

مع السلامة~

Khasiat Buah Oren

sedappppnyeeeee

Adakah kita tergolong dalam golongan individu yang mudah dijangkiti penyakit? Mudah demam, mudah selsema dan pelbagai lagi? Jika benar, maka kita tergolong dalam golongan individu yang mempunyai kadar antibodi yang rendah dalam badan.


Antibodi diibaratkan sistem pertahanan dalam badan. Ini kerana sel-sel antibodi dapat membantu kita mengurangkan kadar untuk menerima sebarang jangkitan atau penyakit. Justeru itu, kita perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan antibodi dalam tubuh badan kita.

Makan Buah Oren Setiap Hari

 

Menurut Dr. Bill Sears, pakar psikologi dan profesor di University of California, beliau menyatakan pengambilan buah oren setiap hari, dapat membantu meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
Ini kerana buah oren mempunyai vitamin C. Vitamin C dapat membantu mempercepatkan produksi antibodi dalam badan. Selain itu, ia juga dapat memberhentikan virus-virus penyakit dan jangkitan, daripada memasuki tubuh badan kita.


Tambah Dr. Bill, buah oren juga merupakan makanan yang berkhasiat, dan antara makanan yang terbaik untuk mempercepatkan produksi antibodi selain daripada daging turki, dan salmon.

Antara Suplemen dan Buah-Buahan – Mana Lebih Baik?

 

Bagi kalian yang bertanyakan soalan seperti di atas, jawapannya sudah tentu buah-buah, khususnya buah yang segar. Namun kita perlu fikir kemampuan kita untuk mengambil buah-buahan segar setiap hari.

Adakah kita mampu meluangkan masa 10 minit untuk makan buah-buahan setiap hari?
Adakah kita mempunyai masa untuk membeli buah-buahan segar di pasar?

Jika kita tidak mempunyai kelapangan masa untuk berbuat demikian, maka kita wajar mengambil suplemen. Pastikan kita mendapatkan maklumat suplemen yang ingin diambil sebelum melakukan pembelian.
Ini bagi mengelakkan daripada terjurumus dalam isu produk tidak halal dan membahayakan tubuh badan.


Tips penting:
Kulit buah oren yang bewarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan anda juga.

kulit buah orange lebih banyak vitamin c dari isinya


tips ini diambik dari DR najwa website ---------->http://blogkesihatan.com/khasiat-buah-oren-dan-kepentingan-antibodi-untuk-tubuh-badan-kita/


nak tau lebih lanjut cekidautt kat sane ok?


bye~

مع السلامة~

Rahsia Disebalik Warna

Assalamualaikum...

haluuu...hai korg,.sihat ke?hari ni saya nak share pasal rahsia disebalik personaliti warna kita.Mula-mule saya nak cite pasal warna orange ataupon dalam bahasa melayu iaitu jingga atau oren. kenape warna oren?sudah semestinya warna feveret saya.hehe,korang punye color feveret ape?kelabu taik anjing kah?merah menyala kah? merah mak ngah ke?haha ...jom cekidauuttt~

orange
             
  • Suka bebas
  • Kreatif
  • Aktif
  • Kelam kabut
  • Tidak fikir panjang
  • Tidak duduk diam 
         



hijau


                                                                           
  • Melambangkan alam sekitar.
  • Tenang
  • Pemurah
  • Ambil berat
  • Pengasih dan penyayang
  • Kreatif
  • Orang mudah ambil kesempatan
           
hitam
                                              
  • -Mencerminkan orang yang series
  • -Warna rasmi
  • -Iltizam yang tinggi
  • -Hiba
  • -Tidak pandai bergurau
            
putih
                                                                         
  • -Bersangka baik
  • -Sabar
  • -Kedamaian
  • -Ikhlas
  • -Kurang kreatif
  • -Lurus 
pink
                                          
  • -Penyayang
  • -Suka pada yang sihat
  • -Bersungguh-sungguh
  • -Naluri rumah tangga yang tinggi
  • -Fokus

kuning
                        
  • -Ceria
  • -Tahan lasak
  • -Suka kawan
  • -Suka enjoy
  • -Suka publisiti 
             



biru muda
                                                    
  • -Sensitif
  • -Beretika
  • -Suka tolong orang
  • -Romantik
  • -Kerja sama
  • -Mudah bekorban untuk orang lain

emas dan perak
                                         
  •  kejayaan

ehem..same x ngan personaliti korang?hehe kalo tak betul tu maap ler. saya ambik dari Dr.fadzilah kamsah..
yang penting saya suke........












hehehe..
tu je kot,jumpe lg~bye

مع السلامة~ 

Wednesday 21 March 2012

Pimpinlah aku ya Rabbi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat jugak saya siapkan blog nie walaupon tak seberapa nak cantik hehe.. first thing yang saya nak share kat sini adalah satu firman Allah yang saya rasa ayat tu banyak makna tersirat..nak tau ayat ape?jom kita sama-sama baca.


Yallah Ampunilah segala dosa-dosaku


Firman Allah yang bermaksud:
Wahai anak-anak Adam!!
Janganlah kamu diperdagangkan
oleh syaitan sebagaimana ia telah
mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu
dari syurga,sambil ia menyebabkan terlucutnya
pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan
kepada mereka
aurat mereka
(yang sebelum itu tertutup)
Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu
dengan keadaan yang kamu
yang tidak dapat melihat mereka.

Seseungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan
itu teman rapat bagi orang-orang beriman.....
(AL-A`RAAF:27)





hmm...mendalam kan?hopefully dapatlah kite jadikan ia sebagai panduan hidup kita. Sesungguhnye kita amat kerdil di bumi Allah ni.
tulah..sebut pasal aurat ni, terus terang saya cakap saya belum sempurna dari segi aurat dan sebagainya, tapi sebagai hambaNya kita kena la ikut arahan dan suruhanNya kan?Harap-harap dan Insyallah saya akan cuba memperbaiki diri sendiri..Aminnn
saya rasa cukupla sampai sini kot saya membebel.hehehe



!مع السلامة@selamat tinggal