Daisypath Anniversary tickers

Monday 14 May 2012

last minute study?

Salam..

Anda seorang yang suke study last minute??same lah kite,haha walaupon kita tahu study last minute bukanlah sesuatu yang baik.tapi semua orang pernah laluinya kan?so hari ni saya nak share sikit tip-tip..ceh macam menggalakkan study last minute je kan?seeloknya get ready seawal yang mungkin untuk study..ini just nak bagi kalau-kalau korang dah terjerumus ke lembah ini..ceh ayattt~


1-baca dahulu keseluruhan topic (sekadar review sahaja) kemudian hanya fokus pada bahagian summary topic sahaja. selalunya buku teks selalu provide summary di bahagian last sesuatu topic. itu bermakna ia adalah pekara penting yang perlu korang tahu.
membaca summary teks



2-beri penekanan kepada apa yang lecture tekankan. teknik ini paling berkesan kerana hampir 50 % examanition kuar dari apa yang ditekankan lecture. kira macam soalan spot yang lecturer bagi la. tapi jangan terus tinggal, bace la sikit tajuk yang lain.


3-jangan membuat note yang terlalu panjang, itu bukan caranya kerana korang kesuntukan masa. hanya list down pekara penting sahaja. jangan wat note yang panjang berjela. buat point je..
membuat note.list down perkara penting


4-set mind bahawa semuanya dalam keadaan baik ataupun Englishnya "all is well" supaya anda tidak gelabah dalam peperiksaan. wat cool jer..jangan gelabah nanti semua ilmu hilang.


jangan gelabah semasa peperiksaan



5-tumpukan kepada subject yang susah sahaja, jika korang sudah paham sesuatu subject tidak perlu korang mengambil masa yang lama untuk memahaminya lagi. tapi jangan ambik mudah ataupon dalam bahasa jawa take it easy dengan subjek yang lain.



6-perbanyakkan buat soalan exam yang lepas, hampir 65 % adalah soalan berulang.
jika subject mathematic, disarankan hanya membuat soalan past year sahaja. paham formula dan buat latihan.



7-stay up hanya sekadar anda mampu sahaja. jangan memaksa kerana anda dapat zero jer jika memaksa otak. ambil selang masa yang sesuai untuk rehatkan otak kemudian sambung study semula.




jangan berterusan study,berhenti atau ambil mase rehat sekejap untuk minum cofee 



8-banyaklah bodek lecturer korang.. mana taw kot2 dia terbagitaw ^_^.
hensemnye jambul cikgu..boleh bagitau soalan mane keluar?hehe



9-tumpu lebih masa kepada subject yang korang dapat carry mark rendah. usaha untuk mendapatkan result yang lebih bagus untuk subject itu.



10-berbayaklah berdoa agar apa yang korang baca korang ingat.


berdoa semoga dipermudahkan menjawab peperiksaan



tu je..semoga kita dapat menggunakan tip-tip tersebut di peperiksaaan akan datang.

All THE BEST!





مع السلامة




Sunday 13 May 2012

subhanallah!cantiknye

keindahan sawah padi yang terletak di Bali Indonesia



Tebing tinggi yang memperlihatkan lautan yang biru



Daun-daun yang gugur pada musim luruh




keindahan air terjun ciptaan Allah  S.W.T



bunga-bunga matahri embun mekar

fakta-fakta yang anda perlu tahu~

Assalamualaikum..

Tahukah anda?saya nak share sikit pasal fakta-fakta yang perlu kita tahu..walaupun ade fakta yang korang dah tau.saya tak kire..huahua.. jom cekidauttt!

1- Lidah adalah otot yang terkuat dalam badan kita.

lidah baby comel ni pon kuat=)





2-Headphone yang dipakai selama satu jam dapat menstimulasikan perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.,menstimulasikan tu faham ape?aish korang ni.saya lagi tak tahu saya kurang pasti jerrrrr..hehe

headphone or earphone






3- Orang kidal akan menggunakan tangan kanannya untuk menggaru dan orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah sebaliknya.

jangan tanya saya man kidal mengaru camne,saya hanya mengagumi rambut beliau,eh?



4- Wanita kurang tersedu berbanding lelaki.

5- Bulu hidung akan memanjang sehingga 2 meter jika dibiarkan sehingga anda tua.hahaha

6- Kebanyakan orang akan ketawa sebanyak 13kali sehari. saya rasa saya lebih!

7- Masa yang diperlukan oleh manusia untuk melelapkan mata ketika mula tidur adalah 7 minit secara purata.

8- Cuba anda ukur panjang kaki anda pada pagi dan pada sebelah petang. Kaki anda akan panjang sehingga 5-10% pada sebelah petang. yeke?nak try lah

9- Mulut paling kotor (bakteria) adalah mulut kucing dan tempat kedua adalah mulut manusia.

10- Setiap manusia pasti tidak akan dapat menjilat sikunya sendiri kecuali yang mempunyai kelebihan istimewa. mesti korang try kan?haha sebab saya dah try.meme x bulih. =)


budak ni sedang mencuba menjilat sikunya..susah kan?


tu je~assalamualaikum..peace yawwww!

مع السلامة

sahabat sejati

Assalamualaikum...

Hai korang..hari ni saya nak cite pasal sahabat sejati..ala macam bff gitu.."best friends forever" setiap orang mesti ade bff kan..tak kire la time sekolah ke kat universiti ke..kire macam member kamcing la..hari ni saya nak share sikit macamane nak jadi bestfriend yang terbaik and setia..macam kawan time senang dan susah..takdelah time happy je ade,time tengah dalam kesusahan lari cari kawan lain.ish ish..

Die memang Sahabat Sejati bile :
  • bila korang berselisih faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan korang berdua. walaupon die tau tu bukan salah die.
  • bila datang sesuatu bencana menimpa korang, dia akan cuba sedaya upaya untuk meringankan kesusahan tu (try tak nak bagi korang susah hati). so sweeet kan.hehe
  • bila dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada korang, dia akan menutupnya.(selagi tak salah disisi agama,sanggup wat ape-ape tok korang.
  • bila korang berdiam diri (sebab malu nak mintak tolong), dia akan start tanye ape masalah korang.
  • bila korang menghulurkan sesuatu kebaikan kepada bff korang, dia akan menerima dengan baik. kira macam die hargai la ape yang korang buat,
  • bila korang meminta sesuatu bantuan daripada die, ia akan try tolong walaupon die pon tengah banyak masalah..

hmm tulah, walaupon kita  ramai kawan tapi kawan sejati sukar di cari..to all my friends.thanks jadi kawan saya=) loveee you all














take care u olls~




Try to be a better Person~



1. Buang fikiran negatif


Nama pun dah negatif babe. Cuba elakkan daripada fikir merepek-merepek. Memanglah dalam hidup akan ada waktu-waktu kita dapat “bad luck” tapi perkara-perkara yang belum tentu jadinya tu..tak usahlah fikir. Kita ni, suka sangat fikir bukan-bukan. Takut jadi macam ni lah, jadi macam tu lah. Padahal, bendanya entah jadi entah tidak!!! Buang masa tau!! As orang Islam, serahkan urusan “masa depan” tu pada Allah. Selesai.


2. Syukur dengan apa yang ada



Bila kita dapat something, reti-retilah bersyukur. Kalau dapat rezeki lebih (duit) bawak-bawaklah share dengan orang-orang tersayang sikit. Bila kita share, rezeki kita akan bertambah wei. Orang kita ni, ada penyakit kedekut. Makan solo-solo. hahahaahah!!! Ikut orang kot. Pada saya, bila share ada keberkatannya. Sebagai tanda, kita syukur dengan apa yang Tuhan dah beri. Dapat rezeki, kita bersyukur. Share dengan orang, Tuhan tanbah rezeki kita lagi. Sure enjoy hidup macam tu. Allah akan lapangkan dada wooo. Mak saya kata bukan saya eh -..-


3. Nikmati hidup sebaiknya



Belajar terima apa saja seadanya. Memang manusia tak pernah ada yang sempurna. Fizikal dan mental wei. Tapi, cuba belajar terima kekurangan kita tu sebaik mungkin. Lagi cepat kita menghargai diri dan hidup kita, lagi cepatlah kita tahu betapa nikmatnya hidup ni!!! Enjoy!!!!



4. Jangan berfikir yang buruk-buruk saja tentang kawan-kawan kita



Yang ini, kalau terkena…nasib ek. Sebab saya pun dah terkena awal-awal lagi. hahahaha!!! Pernah kena sound dengan my mom. Waktu tu, saya skool lagi. Asal balik sekolah je saya komplen itu ini pasal kawan-kawan. Yang A ni macam ni, yang B ni jahat macam ni pulak. My mom cakap“Kalau kita dah berkawan dengan orang, jaga aib kengkawan. Jahat macam mana pun kawan-kawan kita, jangan burukkan dia. Nanti bukan dapat pahala, tambah dosa pulak”.




Tak tahu nak letak muka kat mana time tuh. hahahahahahaa!!! Betul jugak.  Benda tu boleh jadi bebanan dalam fikiran kita tanpa kita sedar ok. Bila dah ada beban, mana nak enjoy hidup kan????? Acaner tu??? -..- So, cakap yang baik-baik je pasal kawan kita. Boleh bercerita, luah perasaan tapi SESEKALI ok. Kalau tiap-tiap hari, parah!!!!



5. Tampil sempurna


Ok. ini tips last. Sempurna yang saya maksudkan bukan sempurna daripada segi fizikal semata-semata tapi dalaman and pemikiran ar. Setiap hari, bangun tido..cakap pada diri sendiri. Nak cuba tampil sempurna hari ini. Untuk diri kita dan untuk orang lain. Nak pakai kemas-kemas. Nak senyum pada semua orang dan bukan “memilih bulu” untuk kita sedekahkan senyuman tu. Nak tolong orang sebaik mungkin. Nak gembirakan hati orang jugak. Secara tak langsung, korang dah set kan dalam diri…nak jadi positif untuk hari itu!!!! yay!!!!


So,ape lagi,?moge hari ini lebih baik dari hari semalam ok.

take care uolsss!

Saturday 12 May 2012

saya sayang emak saya

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
haluu,,hari ini 13 MEI 2012 adalah hari ibu!!korang dah wish dekat mak masing-masing ke? hehe.. dengan ini saya ehem ehem,cam nk buat pengumuman daaa,,hehe sebenarnya saya nak mengucapkan SELAMAT HARI IBU untuk ibu TERSAYANG NOORLIZA OTHMAN..Angah sayang Mak..terima kasih untuk segala-galanya mak..Terima kasih untuk segalanya semenjak dari kecik  sampailah umur saya yang ke 22 tahun ni..






TERIMA KASIH UNTUK MAK tersayang (walaupon mak tak bace blog)hehe:

TERIMA KASIH: sebab melahirkan angah

TERIMA KASIH: sebab mendidik angah

TERIMA KASIH: sebab ajar angah menulis,membaca, mengaji

TERIMA KASIH: sebab ajar angah erti kehidupan=)

TERIMA KASIH: sebab masakkan makanan feveret

TERIMA KASIH: sebab ajar angah masak.(walaupon nan hado anak die ni)hehe

TERIMA KASIH: sebab siapkan angah pegi sekolah,mandikan,sikat rambut

TERIMA KASIH: sebab tolong buat keje sekolah angah..haha(pemalas punye anak)

TERIMA KASIH: sebab bercerita mase angah nak tido(feveret cite musang)haha

TERIMA KASIH: sebab jage angah mase sakit,sapu minyak angin,urut kepala

TERIMA KASIH: sebab sentiasa ada masa angah tengah sedih, happy,kecewa,

TERIMA KASIH: sebab menjadi pendengar,penasihat,penceramah!hehe

terlalu banyak ucapan terima kasih untuk mak sebenarnya.,jasa ibu ni takkan hilang sampai bila-bila.

terima kasih dan mintak maaf  dari sudut hati kalau ade terguris hati,comfirm ade anak jahat,hehe mak selama 22 tahun angah hidup ni..cuba yang terbaik untuk membalas jasa mak!

Fuhh..ckup-cukup hehe..korang dah wish belum?tak dapat jumpe pon call or text ok??






Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:


“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”


Baginda menjawab: “Ibu kamu.”


Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “Ibu kamu.”


Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “Ibu kamu.”


Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”


Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

semoga sama-sama kita mendapat input dari hadith tersebut.hargai ibu anda ok?


apa-apa pon...........




MY MUM IS NUMBER ONE FOR ME!





take care uolls~

مع السلامة

sabar je lah!

Assalamualikumwarahmatullahwabarakatuh.

hai korang.....sabar, sabar sabar.. hehe.hari ini saya nak cite sikit tentang sabar..oh ye..baru-baru ni korang ade tengok tak video kat facebook pasal seorang ibu sanggup pukul anak kandung sendiri..Ya Allah..mule-mule macam tak sanggup nak tengok. tp akhirnya tengok jugak. Ya Allah perasaan saya tak dapat dibayangkan.menitik air mata tengok baby tu.kesian sangat =( baby tu meraung menangis pon  mak die tetap  pukul, tampar,baling barang ..mane perginye sifat sabar seorang ibu??hmm kalau korang nak tengok saya bagi link die
-->http://www.youtube.com/watch?v=UyJTEQbaVog korang tengok lah..18 bulan jerrr kena penjara??memang tak puas hati kan?ape-ape pon kita hanya manusia tak mampu menilai.hanya Allah yang mampu..mungkin bukan kat sini..di akhirat penentu segala~

hmm ok lah nak cite sikit  pasal SABAR,atau orang pahang cakap saboooorrr!hehe

SABAR seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

SABAR: hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

SABAR: ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

SABAR:anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

SABAR: tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

bak kata orang "SABAR ITU INDAH " so banyak- banyak bersabar dalam apa jua keadaan ok?
ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat.moge dapat input walaupon sedikit..

PS: Doaku hari ini: Tuhan, beri aku kesabaran dan kekuatan dalam menjalani kehidupan, agar selalu boleh melalui  setiap ujian dariMu.aminnn..


 take care uolllss

مع السلامة