Daisypath Anniversary tickers

Sunday 13 May 2012

subhanallah!cantiknye

keindahan sawah padi yang terletak di Bali Indonesia



Tebing tinggi yang memperlihatkan lautan yang biru



Daun-daun yang gugur pada musim luruh




keindahan air terjun ciptaan Allah  S.W.T



bunga-bunga matahri embun mekar

fakta-fakta yang anda perlu tahu~

Assalamualaikum..

Tahukah anda?saya nak share sikit pasal fakta-fakta yang perlu kita tahu..walaupun ade fakta yang korang dah tau.saya tak kire..huahua.. jom cekidauttt!

1- Lidah adalah otot yang terkuat dalam badan kita.

lidah baby comel ni pon kuat=)





2-Headphone yang dipakai selama satu jam dapat menstimulasikan perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.,menstimulasikan tu faham ape?aish korang ni.saya lagi tak tahu saya kurang pasti jerrrrr..hehe

headphone or earphone






3- Orang kidal akan menggunakan tangan kanannya untuk menggaru dan orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah sebaliknya.

jangan tanya saya man kidal mengaru camne,saya hanya mengagumi rambut beliau,eh?



4- Wanita kurang tersedu berbanding lelaki.

5- Bulu hidung akan memanjang sehingga 2 meter jika dibiarkan sehingga anda tua.hahaha

6- Kebanyakan orang akan ketawa sebanyak 13kali sehari. saya rasa saya lebih!

7- Masa yang diperlukan oleh manusia untuk melelapkan mata ketika mula tidur adalah 7 minit secara purata.

8- Cuba anda ukur panjang kaki anda pada pagi dan pada sebelah petang. Kaki anda akan panjang sehingga 5-10% pada sebelah petang. yeke?nak try lah

9- Mulut paling kotor (bakteria) adalah mulut kucing dan tempat kedua adalah mulut manusia.

10- Setiap manusia pasti tidak akan dapat menjilat sikunya sendiri kecuali yang mempunyai kelebihan istimewa. mesti korang try kan?haha sebab saya dah try.meme x bulih. =)


budak ni sedang mencuba menjilat sikunya..susah kan?


tu je~assalamualaikum..peace yawwww!

مع السلامة

sahabat sejati

Assalamualaikum...

Hai korang..hari ni saya nak cite pasal sahabat sejati..ala macam bff gitu.."best friends forever" setiap orang mesti ade bff kan..tak kire la time sekolah ke kat universiti ke..kire macam member kamcing la..hari ni saya nak share sikit macamane nak jadi bestfriend yang terbaik and setia..macam kawan time senang dan susah..takdelah time happy je ade,time tengah dalam kesusahan lari cari kawan lain.ish ish..

Die memang Sahabat Sejati bile :
  • bila korang berselisih faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan korang berdua. walaupon die tau tu bukan salah die.
  • bila datang sesuatu bencana menimpa korang, dia akan cuba sedaya upaya untuk meringankan kesusahan tu (try tak nak bagi korang susah hati). so sweeet kan.hehe
  • bila dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada korang, dia akan menutupnya.(selagi tak salah disisi agama,sanggup wat ape-ape tok korang.
  • bila korang berdiam diri (sebab malu nak mintak tolong), dia akan start tanye ape masalah korang.
  • bila korang menghulurkan sesuatu kebaikan kepada bff korang, dia akan menerima dengan baik. kira macam die hargai la ape yang korang buat,
  • bila korang meminta sesuatu bantuan daripada die, ia akan try tolong walaupon die pon tengah banyak masalah..

hmm tulah, walaupon kita  ramai kawan tapi kawan sejati sukar di cari..to all my friends.thanks jadi kawan saya=) loveee you all














take care u olls~




Try to be a better Person~



1. Buang fikiran negatif


Nama pun dah negatif babe. Cuba elakkan daripada fikir merepek-merepek. Memanglah dalam hidup akan ada waktu-waktu kita dapat “bad luck” tapi perkara-perkara yang belum tentu jadinya tu..tak usahlah fikir. Kita ni, suka sangat fikir bukan-bukan. Takut jadi macam ni lah, jadi macam tu lah. Padahal, bendanya entah jadi entah tidak!!! Buang masa tau!! As orang Islam, serahkan urusan “masa depan” tu pada Allah. Selesai.


2. Syukur dengan apa yang ada



Bila kita dapat something, reti-retilah bersyukur. Kalau dapat rezeki lebih (duit) bawak-bawaklah share dengan orang-orang tersayang sikit. Bila kita share, rezeki kita akan bertambah wei. Orang kita ni, ada penyakit kedekut. Makan solo-solo. hahahaahah!!! Ikut orang kot. Pada saya, bila share ada keberkatannya. Sebagai tanda, kita syukur dengan apa yang Tuhan dah beri. Dapat rezeki, kita bersyukur. Share dengan orang, Tuhan tanbah rezeki kita lagi. Sure enjoy hidup macam tu. Allah akan lapangkan dada wooo. Mak saya kata bukan saya eh -..-


3. Nikmati hidup sebaiknya



Belajar terima apa saja seadanya. Memang manusia tak pernah ada yang sempurna. Fizikal dan mental wei. Tapi, cuba belajar terima kekurangan kita tu sebaik mungkin. Lagi cepat kita menghargai diri dan hidup kita, lagi cepatlah kita tahu betapa nikmatnya hidup ni!!! Enjoy!!!!



4. Jangan berfikir yang buruk-buruk saja tentang kawan-kawan kita



Yang ini, kalau terkena…nasib ek. Sebab saya pun dah terkena awal-awal lagi. hahahaha!!! Pernah kena sound dengan my mom. Waktu tu, saya skool lagi. Asal balik sekolah je saya komplen itu ini pasal kawan-kawan. Yang A ni macam ni, yang B ni jahat macam ni pulak. My mom cakap“Kalau kita dah berkawan dengan orang, jaga aib kengkawan. Jahat macam mana pun kawan-kawan kita, jangan burukkan dia. Nanti bukan dapat pahala, tambah dosa pulak”.




Tak tahu nak letak muka kat mana time tuh. hahahahahahaa!!! Betul jugak.  Benda tu boleh jadi bebanan dalam fikiran kita tanpa kita sedar ok. Bila dah ada beban, mana nak enjoy hidup kan????? Acaner tu??? -..- So, cakap yang baik-baik je pasal kawan kita. Boleh bercerita, luah perasaan tapi SESEKALI ok. Kalau tiap-tiap hari, parah!!!!



5. Tampil sempurna


Ok. ini tips last. Sempurna yang saya maksudkan bukan sempurna daripada segi fizikal semata-semata tapi dalaman and pemikiran ar. Setiap hari, bangun tido..cakap pada diri sendiri. Nak cuba tampil sempurna hari ini. Untuk diri kita dan untuk orang lain. Nak pakai kemas-kemas. Nak senyum pada semua orang dan bukan “memilih bulu” untuk kita sedekahkan senyuman tu. Nak tolong orang sebaik mungkin. Nak gembirakan hati orang jugak. Secara tak langsung, korang dah set kan dalam diri…nak jadi positif untuk hari itu!!!! yay!!!!


So,ape lagi,?moge hari ini lebih baik dari hari semalam ok.

take care uolsss!